Tuesday, October 8, 2013

Perihal Baju Dan Malu

Petang beransur malam dan aku sedang duduk bersendirian sambil menikmati honey lemon tea di sebuah kafe di pinggir ibu kota. "Mana Azie ni?" desis hati kecilku yang sudah tidak sabar menunggu kedatangan Azie.

Aku merenung ke arah luar. Kelibat manusia yang lalu-lalang di hadapan kedai itu menarik perhatianku. Ada yang berjalan pantas dan terus, tanpa menoleh kiri dan kanan. Ada yang berpasangan sambil romantis berpegangan tangan. Ada yang berjalan dalam kumpulan, bergurau dan disusuli dengan hilai tawa yang riang. Tidak kurang juga, anak-anak kecil yang berlari serta merengek mahukan perhatian mama dan papa mereka.

"Macam-macam!" bisik hatiku melihatkan gelagat manusia-manusia kota. Aku tersenyum simpul. Sedang aku menghirup air, tiba-tiba aku terdengar suara yang aku kenali.

"Sorry sorry! I sampai lambat. Teruk betul jam tadi. Tak sangka pulak teruk sampai macam tu," jelas Azie sambil menarik kerusi dan duduk di hadapanku.

"It's ok. Ingatkan you tak jadi datang. I sikit lagi tadi dah nak balik," ujarku kepada Azie. "Sorry babe, nasib you tak balik terus tadi. I seriously need to talk to you about something," jawab Azie dalam nada yang hampir sayu. "What happened? You pun nampak macam tak happy jer," tanyaku kepada Azie sambil memerhatikan gerak tubuh dan riak wajahnya yang kelihatan kurang ceria, tidak seperti biasa.

"Am I too sexy?" tanya Azie kepadaku secara tiba-tiba. Aku  berasa janggal dengan pertanyaan Azie itu.

"You look fine to me, pretty as always. Kenapa ni? Did something happen?" soal aku kembali kepada Azie sambil cuba mengorek lebih lanjut. Aku bertambah musykil kerana Azie tidak pernah bertanyakan soalan yang sedemikian. Dia seorang yang happy dan confident. Jelas sekali sesuatu telah mengusik hatinya.

"Cuba you baca ni!" Azie terus mengeluarkan sehelai kertas yang dilipat kemas dari tas tangan jenama Coach koleksi Madison miliknya dan hulur kepadaku. Aku lantas mengambilnya dan terus buka untuk membaca isi kandungan kertas tersebut. Rupa-rupanya kertas itu salinan emel yang Azie print dari pejabatnya. Sebahagian emel tersebut berbunyi:

Assalamualaikum w.b.t. Saudari Azie...
Semalam dalam office saya perasan Azie pakai baju 
yang menampakkan sedikit bahagian belakang.
Terus-terang, saya rasa baju tu kurang sesuai untuk 
Azie pakai sebab menampakkan aurat Azie. 
Ia juga seolah-olah membuka aib kita kepada 
orang lain tanpa kita sedari.
...............

"Hmm..so ini ke yang buat you muncung hari ni?" tanya aku. "Mahu taknya? Of course la terasa! Kalau tak banyak pun, at least sikit mesti ada" luah Azie kepadaku.

"I feel you my friend, sabar," pujukku sambil menggosok bahu Azie.

"But you know what yang buat aku lagi terasa and bengang? We walked past each other in the office, and we even spoke about work and stuff yesterday. Yet, she didn't say anything to me! She seemed ok as if nothing happened. I pun tak rasa baju yang I pakai tu seksi pun. I rasa biasa jer."

"Still, if she thinks that it was too sexy or revealing, she could have just come to me and tell me nicely about it. I sarung jer blazer. Kalau orang tegur I baik-baik and ikhlas nak tolong, takkan la I nak marah tak tentu fasal. Ini tak, alih-alih jer dapat emel pagi ni sound orang terus macam tu!" luah Azie lagi dalam nada yang kecewa.

Aku memahami perasaan Azie. Terus aku teringat kisah lama yang pernah terjadi kepada aku beberapa tahun dahulu.

*****

One fine day, I walked to a nearby shop to buy some stationeries. I spent time looking for the items, paid the amount and decided to go back home when there was nothing else on my shopping list. On my way back, I remembered I passed by a girl who was of different race and religion from me. The energy felt pleasant at that particular moment. I continued walking and was twelve steps past her when she suddenly U-turned and stopped me. "What's going on?" I wondered to myself.

"Miss! Miss! Wait! I think your zipper is down!" she cautioned me with such concern and pity. I just froze when she said that. In a slow motion, I looked down in denial. I tried fighting the truth but I was killed by it. As shitty as it was, true enough, my zipper was down, down, down, down....


"Damnnnnnnnnnnnn! NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!" I remembered screaming out loud, although just inside my heart. My heart collapsed, like how the twin towers of KLCC would collapse. Nobody could hear me. Nobody could understand what I was going through at that time.


However, that awful moment only lasted for ten seconds. Yes, just ten seconds. The rest of the time until today, I am totally grateful to that kind girl. I have never forgotten her for this until today although this had happened nearly 10 years ago. She could have just ignored me and let me be in embarrassment for the whole day, or in fact for my whole life but she chose otherwise. There was a humane side of her. She saved me from further humiliation and her quick action was just genuine and sincere. 


That is what I called a gem in a society. Do we see many kind of this people now? Do we?



Would you feel embarrassed or grateful if a stranger comes to you and tell you that your zipper is down? Image taken from www.bizarresigns.com

*****

"Hey you dengar tak apa I cakap tadi? You dah baca emel tu sampai habis?" kejut Azie yang mungkin melihat aku mengelamun agak lama.

"Huh? Oh sikit lagi nak habis. I baca sekejap," balas aku. Aku terus membaca bait-bait terakhir emel tersebut.

.............
Maaf kalau Azie tersinggung membaca emel ini,
saya cuma ingin menolong dan mengingatkan kita sesama umat.

Ikhlas daripada saudaramu,


XXXXX

Aku terus merenung sepi. Kosong tanpa hati.

1 comment:

Unknown said...

kadang2 kita terlalu ego untuk trime teguran dari orang lain..walaupun sebenarnya teguran tu beri kebaikan pada kita..